Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea - 1st Step

Pejam celik dah hari ke 19 puasa ek.
Mood mengupdate blog macam ke laut je dah..
Hik hok hik hok takde lah.
Tapi weekend macam payah sikit la sebabnya kekangan masa tu.
Yela time tu la nak main dengan anak layan kerenah dia puas-puas.
Dan mulalah CPUV pun dah takde masuk-masuk lagi dah macam 2 minggu lepas.
Why NUFFNANG?Why?
Takpelah rezeki ada kat mana-mana je ye dak?
Asalkan tak tetap berusaha.

Cakap pasal rezeki ni haa nak tunjuk.


Iols dah isi borang tuk pertukaran belia Malaysia-Korea uolsss..
Tak sabar mak.
Mudah-mudahan ada rezeki la.
Insyallah kalau rezeki 21 Oktober ni berangkat la.
Puiii baru hantar borang permohonan dah riak..
Ni bukan riak uols aku just nak share betapa banyak peluang yang kerajaan peruntukkan untuk kakitangan dia menimba ilmu.
Ni salah satunya.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Kakitangan kerajaan terdiri dari gred 1-40 sahaja
2. Berumur tak lebih 40 tahun pada 1 Januari 2015
3. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tahun 2012, 2013 & 2014 
4. Tidak mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dalam tempoh 1 tahun kebelakangan atau kursus jangka panjang dalam tempoh 2 tahun kebelakangan 
4. Tak tersenarai dalam senarai hitam JPA (PTPTN kasik setel dulu)
5. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib 
6. Telah mengisytiharkan harta (dalam HRMIS)

Surat edaran dari JPA untuk rujukan






Nampaknya semua syarat lepas.
Insyallah ada rezeki iolss dapatlah terbang ke Korea.
Kecek Korea sikit.
ANASAYO
DAEBAK
Haa boleh dah ni..

Sesapa kakitangan kerajaan bergred 1-40 yang berminat ayuh isi borang segera.
Ikut lah step seterusnya.

Mana tau kalau bukan rezeki aku rezeki korang yang baca blog ni.


Comments

  1. bestnyer..kalau saya pun mesti cepat2 isi nak apply..hehe..sayangnyer bukan gov..huhu

    ReplyDelete
  2. good luck.. semoga rezeki berpihak pada awak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts