Kerana mu kuarters

Patut la 2 3 hari ni aku dok pikir pasal rumah sendiri je.
Rupa-rupanya tadi call Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) nama aku dah naik bulan 3 aritu lagi cuma aku tak dapat apa-apa info pasal offer tu.
So nama aku dah dikeluarkan.
Tapi tadi kata kerani tu dia akan masukkan semula nama aku dalam list ape tah die ckp tadi tapi nak kena bincang dengan pegawai dia dulu.
Ya Allah mudah-mudahan ada la rezeki aku nak duduk rumah sendiri.
Terbayang-bayang dah duduk rumah sendiri walaupun kuarters dapat gak deco-deco.
Nak meletop-meletop rasa ketidaksabaran nak mendeco-deco rumah bila dapat duduk rumah sendiri.
Yela sekarang ni aku dok menumpang je kat rumah akak ipar aku.
Duduk sendiri dibandingkan dengan duduk menumpang ni sangat-sangat berbeza okeh.
Ko nak sentuh sikit pikir tu rumah orang.
Ni ha kejap-kejap check email kot dia da bagitau sok boleh masuk...
Hahahaha ko dah kenapa tak menyabau?
Korang kena paham setelah bertahun menunggu bila dapat berita agak baik camni dia punya perasaan gembira tu sampai tahap nak belanja semua orang la..
hahaha gitu ko punya tipu.
Tak tergambar la lagi seronok dari nak kawin.
Ni belum betul-betul dapat ni kang kalau dah dapat memang betul-betul belanja orang ni.

Korang doakan aku betul-betul dapat duduk rumah sendiri a.k.a kuarters atas nama aku sendiri dalam masa terdekat ni yer....

Nanti dah pindah aku dah plan nak pasang
WALLPAPER
CERMIN
GANTUNG FRAME GAMBAR CECANTIK
BELI CHEST DRAWER
BELI MEJA MAKAN (selama kawin 4 tahun takde meja makan okeh)
BELI BUNGA NAK LETAK ATAS MEJA

Cantik kan?(gambar cilok dari fb:Jom Deco Rumah PPR kita)

Cantik kan?(gambar cilok dari fb:Jom Deco Rumah PPR kita)

p/s:eh ada yg rindu aku tak?tunggu aku update ye.sekarang idea nak menulis belom ade

Comments

  1. Moga2 impian berumah sendiri tercapai ye. Amin!!!
    Salam ukhwah daripada saya ^_^

    ReplyDelete
  2. wow! cantiknya rumah.x mcm PPR pon.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya dik....moga murah rezeki intan duduk rumah sendiri akak faham sesangat perasaan teruja intan tu....kikiki...selamat mendeko dik :)

    ReplyDelete
  4. Amen...mudah-mudahan dimurahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  5. Amin sis.... mudahab2 dpr kuarters under nama sendiri lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  6. Dok rumah sendiri memang best la..sebab suka part deco2.. tak kreatif tapi tetap jugak nak deco..hehehe... InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan awak tue..=D

    ReplyDelete
  7. laaaaaaaaaa sygnye name tekeluar....camne dieorg tak leh maklum pada kite mase name naik tu....sygnyer...so kene q balik ke...jenuh gak tu....

    in sha Allah bykkan doa...hope ade rezeki yeak....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts