ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, July 1, 2015

Kencing dalam lif

Aku tak faham kenapa manusia kena berperangai macam ni.
Kebelakangan ni sebuah lif kat rumah aku tu memang bau hancing.
Kadang tu jumpa siap air kencing tu masih baru lagi.
Faham-faham jela kalau kencing orang ni hancing dia macam mana.
Kat blok aku ni memang banyak kucing berkeliaran tapi ni memang bukan kencing kucing memang confirm sangat kencing orang.
Perkara ni memang dah tahap serius sangat sampai majlis muafakat blok aku terpaksa keluarkan memo untuk buru orang ni.
Nas cakap orang tu gila seks kot.
Sempat pulak dia padahal lif tu sentiasa turun naik.



Sampai tahap kena buat bacaan Yassin dan doa khas untuk orang yang otak dia tah letak kat mana. 


Alhamdulillah sejak ada memo tu dah takde bau hancing lagi dalam lif tu.
Tu maknanya orang tu masih waras sebab boleh faham apa yang orang sampaikan kat dia.
Tadi pagi aku nak pergi kerja dalam lif tu ada garam yang ada bau-bau kemenyan sikit.
Harapnya takdelah perkara kurafat berlaku.

Satu hal lagi lif kat rumah tu dah la kerap tersangkut.
Isnin aritu balik dari jemput Kiko dah sampai level rumah aku tingkat 8 sekali pintu tak terbuka.
Sebelum tu lepas tingkat 6 die bergegar sikit.
Aku risau die terhempas je.
Nasib la lampu tak terpadam pastu naik sekali dengan aku tu ada kakak sorang tu tingkat 8 dengan anak dia 2 orang.
Aku dah pegang Kiko kuat-kuat lagi sebelah tangan pegang pemegang dalam lif tu.
Dengan fon aku lupa bawak.
2 kali aku tekan loceng.
Pastu cuba-cuba gak tekan butang open tu.
Alhamdulillah dalam 2-3 minit je die stuck camtu.
Pastu terbuka jugak akhirnya.
Cecepat aku keluar dengan akak tu sekali.
Berdebar tak yah nak cakap la.


6 comments:

  1. memang ramai manusia otak senteng camtu dik...dasar pengotor pancut mana suka serupa haiwan je perangai tu...alhamdulillah takde ape2 kalau setakat kite yg dah beso ni takpe lagi tapi sian kat baby kiko kalau terperangakp dlm lif....mohon di jauhkan

    ReplyDelete
  2. Tidak bertamadun membuang air kecil didalam lif sebagai kemudahan awam. :(

    ReplyDelete
  3. agaknya ada orang yg percaya benda tahyul..di kencingkan tempat itu supaya mahlok halus lari. tapi mahlok halus lagi suka tempat2 kotor..tambah lagi pulak dgn kemenyan dan tabur garam..

    ReplyDelete
  4. Tak boleh angkat betul kalau perkara2 macam ni berlaku kan?? Sha pernah pergi karaoke... siap ada najis berat kat situ... aduhai...

    ReplyDelete
  5. memang tak tahan kalau masuk lif bau hancing kencing orang ni kan. harap2 orang yang buat u insafla hendaknya. kat rumah akak pulak dlm lif takde pula kena macam tu.. tp kalau kat tangga sebelah lif tu memang tiap kali jalan situ mesti berbau. tangga sebelah sana pula ada banyak kesan air sirih yang diludah2.. tu rasanya tak lain tak bukan mesti kerja nepal atau myanmar sbb dorang je yang suka mkn sirih... cuma yg suka kencing kat tangga belum dpt dikenal pasti...

    ReplyDelete
  6. aduussss... ade jugak orang bebal macam tu kan.. dah ade tandas, nak jugak kencing dalam lift. bodoh punya orang!

    ReplyDelete