ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, July 7, 2015

Berbuka di Dataran Perbadanan Putrajaya

Semalam balik kerja kepala rasa sesak sangat.
Mood nak masak pun kelaut la jadinya.
Padahal dah keluarkan ikan konon nak masak kicap.
Pas mandi sementara nak tunggu ikan defrost terus decide ajak Nas berbuka kat luar je sebab kepala serabut.
Tekak rasa nak makan nasi ayam golek dekat satu kedai makan ayam golek kat Dengkil tu.
Tapi confirm ramai orang kalau nak pegi betul-betul time berbuka.
Habis nak makan kat mana?
Tak kisah la yang penting keluar lagi pun weekend aritu terperap je kat rumah kesian si kecik Akiko.
Redah je keluar pergi bazaar Ramadhon kat Presint 2 tu.
Pergi pun dah kul 6.30 so orang pun dah tak melaut sangat la.
Pergi pun belah-belah depan je.
Ni la kali pertama aku jejak bazaar puasa tahun ni.
Nampak nasi beriani terus beli sebungkus untuk Nas.
Sekali nampak ayam golek terus pergi beli setengah ekor.
Ala takkan nak makan camtu je?
Pergi balik kat gerai nasi beriani tapau nasi je.
Pastu beli air.
Masa ni tak terfikir lagi nak makan mana.
Sampai kat kereta baru teringat ada alas canvas.
Jom berbuka kat dataran perbadanan.
Sampai ngam-ngam azan.



So kecik pun nak makan ayam golek jugak. Aku kunyah-kunyahkan suap kat dia.

Sibuk nak jalan dah sekarang. Harap-harap raya ni dah boleh berjalan. Comel je budak kecik baru belajar berjalan

Bagi minum susu hayun sikit car seat tu terus hanyut

Ini budak nak tido wajib ada kain buat pegang je

Patutnya car seat tu dah tak sesuai dengan umur Kiko tapi sebab jarang sangat nak pakai aku tak beli lagi yang toddler punya.
Car seat infant ni memang standby je kat bonet.
Kalau bawak stroller kang pindahkan kat seat passenger.

Korang kena cuba berbuka kat tempat terbuka camni ala-ala picnic memang best sangat.
Tungu budak ni bangun kita sambung merayap jualan hari raya kat depan mahkamah tu.







4 comments:

  1. teringat zaman dulu rajin jugak lepak berbuka..tapi time tu kat dataran shah alam....baby sampai tertido yer..senang mak nak makan..hehe

    ReplyDelete
  2. ramai jugak erk orang berbuka puasa kat dataran putarajaya tu..

    ReplyDelete
  3. akak tak pernah berbuka camni intan cam best pulak nengoknye....baiknye baby akiko si gadis jepun tu lepas makan terus tido kalau si mak enon abis la satu padang di rayaunye....pengsan bangun pengsan bangun akak nak melayan T__T

    ReplyDelete
  4. seronok kan buka kat luar... anum singgah dan follow.. follow me back

    ReplyDelete