ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Friday, April 17, 2015

Ayam paprik sepantas masak mee maggi

Arini aku nak share resepi mudah yang sesuai sangat untuk orang kesuntukan masa cam aku..
Sekelip mata je dah siap..
Tak payah pasni korang nak telan mee segera setiap hari pasal tak sempat nak masak..
Tak pun tak yah sesusah nak bersiap semata-mata nak keluar makan..
Dah tak payah nak banyak cakap pasal korang pun bukan nak baca pun..hahaha

Bahan-bahannya:
Semangkuk sup isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
3 batang kacang buncis
2 batang baby corn
3/4 biji capsicum
1/2 batang carrot
1 batang serai
5 biji cili api
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu minyak masak

Cara-caranya:
Panaskan minyak
Masukkan ayam goreng sebentar sehingga isi ayam bertukar warna putih
Masukkan air setengah cawan
Terus masukkan sayur-sayuran tadi beserta bawang holland dan bawang putih & serai
Masukkan juga sos tiram kicap dan lada hitam yang ditumbuk kasar
Campak cili api yang telah diketuk sikit
Tutup api

Haaa betul tak aku cakap sekejap je..
Tak payah nak buang masa kat dapur
Baik amik masa tu untuk main-main dengan anak
Dah seharian dorang tak tengok muka mak dorang

Selamat mencuba..

1 comment:

  1. salam...lama dah tak nampak intan,ni akak baru start berblog balik...akak anak beranak suka makan paprik insha Allah nnti bole cuba masak ikut resepi intan ni =)

    ReplyDelete