ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, May 30, 2013

Omelan comel..

Assalammualaikum..

Hamboi sejak-sejak baru balik berkursus kat Kelantan ni terus bagi salam..Hahaha.Ye untuk pengetahuan aku berkursus kat Pusat Latihan Kesihatan Tumpat sejak 23hb-28hb aritu..Hoih kemain lama.Sebenarnya yang lama kemain tu hanyalah perjalanan.Kalau da nama naik bas tu lama la jadiknya.Rombongan cik Kiah kalau tak benti makan lama bukan la rombongan cik Kiah namanya.So perjalanan yang patut leh amik masa dalam 8 jam kot jadik 10 jam..Keras bontot ahkak..Penyet terus da takde lagi bontot Kim Kardashian..

Balik tu lagi la lama.Dari sana gerak kul 8.30 pagi camtu sampai HKL kul 6.45 petang..Hadoii terseksa aku rasa.Tobat pasni tak hingin aku nak g berkursus kat sana lagi.Sanggup aku join kursus anjuran INTAN.HKL  memang akan anta staf kursus jejauh kat sana.Katanya budget kecik nak cari hotel sume tuh.Pasal tempat ni memang menyahut seruan kerajaan sangat la.."PERBELANJAAN BERHEMAH" katanya..pasal tempat ni kita kasik wat entry lain la eh..Ade gak modal nak berkarya..berkarya la sangat ko Yani..

Kat sana kursus tu xde la sangat.Berjalan je lebih.Nasib la leklok baru pas gaji.Kalau tak memang aku awal-awal da cancel nama.

Arini masuk keje pas sambung cuti semalam.Sampai tadi tengok atas meje hamboi meriah kemain.STRESS aku pepagi yang dingin..Kat sini memang la kan.Tak dapek do ekau nak goyang kaki goyang bontot keje..Pas punch card je terus dok kat meja ok tu tipu..Pas punch card kasik sejuk sket badan pegi menyantap kasik perut gembira baru start wat keje sampai la tengahari perut mintak isi lagi..(makan je ko kan tu pasal dok sebelah peti ais da sama besau)..Sesekali tu da agak tegang otot blogwalking jap sambaung balik sampai la ke petang..Sharp kul 5 ptg punch balik..Nak stay kat sini sejam 2 memang tak la..Sebab aku nanti jadik tak tenteram asyik dok ingatkan rumah..Aku ni jenis pape pun laki lagi utama..Kecuali bab mak ngan adik-beradik aku la..

Hokey thankss buang masa korang buntangkan mata baca entry tak berpekdah aku ni..

Nota kaki:kad reader rosak ler pulak..Tu la pasal entry aku banyak yang tak bergambau..

3 comments: