Pengalaman aku gune VCO

Assalammualaikum

 Rini aku nak share ngn korang pengalaman aku gunakan produk VCO ni.Aku da guna dekat sebotol la.Memule gune tu aku mmg xperasan keberkesanan produk ni kat aku. Tp 2 bende yg maybe kebetulan berlaku kat aku.last 2 months aku disahkan +ve pregnant.Pas dah sah tu aku stop ambil VCO ni sebab takut effect kt baby.Tapi di takdirkan Allah kandungan aku dapat bertahan setakat 2 bulan je.Takpelah kan..Pastukan orang tegur saiz aku cam mengecik sket.Hehehe sukenye..

Ok sume kt sini aku nak share korang antara kebaikan VCO ni.

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Mengurangkan masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.(agaknye la yg aku rasa)
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut
- Mengembalikan kitaran haid yg normal(ni pun aku rase)
- Sistem penghadaman lebih baik
- Kesuburan(yup aku alami)
- Kurangkan rasa senggugut
- Batuk dan Selsema cepat hilang
- Mengurangkan tidur berdengkur(hehe En Somi kate sekarang da kurang sket)

Comments

Popular Posts