Gajet terbaru 2011 bakal di pasaran

Blackberry Playbook

Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi (HD) di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.
LG Star

LG jugak tak mahu ketinggalan dalam perang gajet. Apa yang menarik, join venture antara LG dengan pengeluar chipset grafik iaitu Nvidia akhirnya berjaya menghasilkan versi Tegra 2 untuk telefon bimbit LG Star yang menjanjikan kualiti grafik yang lebih menarik dan cantik. LG menawarkan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread) dengan kamera lapan megapiksel dan berupaya merakam video berdefinisi tinggi untuk gajet LG Star.

Pengecas wayarles ElectroHub

Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya. Kita cuma perlu tukarkan bateri asal gajet tersebut dengan bateri keluaran ElectroHub dan kita boleh mengecasnya dengan hanya perlu meletakkan gajet pada pad pengecas.



Netbook Berkuasa Chrome

Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan oleh Google dijangka memasuki pasaran tahun ini. Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, Mac OS dan Linux.
Tablet Motorola Android 3.0

Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik.
iPhone 5

Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan. Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi penganalisis teknologi berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan. Kita tunggu kemunculannya..

aku saje jer wat n3 pasal ni sbb de org yang memang giler nk cube gadget baru camnikan...
bagi aku la aku ni takde la kecenderungan tuk cube gadget baru camni..
blackberry pun mak blom pakai lagi nok...aishhh malu nak ngaku...
bagi aku la kan gadget2 camni sekejap je die da bley kua yang lagi canggih so xpyh la nk obses sgt sampai nak tukar tiap kali kua yang baru tu...
len la kalo tu da keperluan kan...so korang tengok2 ler dulu erk...

Comments

Popular Posts