Monday, August 1, 2016

Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)

Esok aku ada appointment kali kedua dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).
Aku direfer ke Klinik Pakar O&G.

Semuanya bermula masa aku bleeding mengandung adik Akiko aritu.
Mesti ramai tak tau aku sempat 10 minggu je mengandung then bleeding pastu gugur sendiri.
Ok pasal tu nanti ada masa aku cerita.

Kita cerita pasal kes aku sampai kena buka file kat O&G sana.
Dr Pakar kat sana ada amik sample masa dia check aku bleeding aritu.
Sample hantar dekat lab.
Dalam sebulan lepas aku admitted HTJ tetiba dapat call dari staff nurse.
Rasanya masa tu pertengahan bulan Mei.

"Saya Sister A nak inform sample yang kita ambil hantar ke lab aritu result dia abnormal.
So kami nak minta puan datang Klinik Pakar O&G untuk penerangan dan prosedur seterusnya.
Saya bukanlah nak menakut-nakutkan Puan.
Tapi kalau puan tak beri kerjasama berkemungkinan besar lagi 5-10 tahun akan datang puan dah dijangkiti kanser pangkal rahim."

Aku dah rasa terganggu la masa tu sama macam perasaan aku sekarang bila aku call diorang sebab aritu da janji dengan aku kalau result negatif diorang call.
Malangnya tidak.

So pergi la aku ke Klinik Pakar O&G HTJ 2 Jun aritu.

Nanti sambung lagi k...


#agenseqybeautyputrajaya
#dsfamemattelipcream
#kopimakdara
#perkhidmatandeliveryputrajaya

Cik Pah kena denggi, Selamat pagi

Assalammualaikum
Selamat pagi

Macam mana dengan weekend uols?
Aku macam biasa takde pergi mana pun memerap dekat rumah je.

Tapi semalam malam pas maghrib ada lajugak keluar ngeteh kat mamak kembar Presint 9 tu.
Pastu macam biasa kitorang aku menghala ke arah Presint 2 pusing-pusing.
2 hari ko dok memerap kat rumah rasa otak tepu tau.
Maklum la kan bila kita ni memang dari Isnin sampai Jumaat kerja dapat tengok dunia luar walaupun pergi kerja balik kerja je tapi kepala tu tak seserabut duduk rumah.

Dah la Si Akiko tu sekarang ni da mula tantrum.
Sikit-sikit nak nangis.
Paling tak tahan bila dia da layan you tube kat fon.
Tangan jenis tak reti diam dok tukar-tukar lagu.
Pastu kang tersalah usik sikit mula la tercancel la pastu nak sign in la.
You tube kan kadang ada yang keluar iklan dulu kan?
Haaa yang tu pun nak mengamuk..
Haishhh tak paham aku stress mak.

Tu bila dia da mula ngamuk aku sorokkan je telefon tu.
Tak pun sebelum dia ngadap fon lagi aku da sorok siap-siap supaya dia tak minta.
Nasib la dia jenis kalau takde depan mata dia tak minta.
Tapi once tengok aku pegang je fon mula la dia berzikir "pin pin".
Bila aku bukakkan tv channel Disney XD tu takdenya dia nak tengok walaupun ada Upin Ipin.
Mencabar betul kesabaran aku.
Yela aku ni dok buat bisnes online kalau tak ngadap fon tu bahaya la jugak.
Tapi aku rasa bersalah jugak kat dia.
Kadang tu aku biar je pun fon tu.
Masa berlalu pantas.
Sedar-sedar anak da besar.
Sekarang kita abaikan dia esok lusa dia pulak abaikan kita.
Masa tu menyesal pun dah takde guna.

Anak kecik ni kita marah dia camne pun dia tetap dtg ngendeng kita kan?
Huwaa mama marah Akiko bukan sebab mama benci tapi mama marah-marah sayang.

Ni nak bagitau kat Putrajaya da de Mc Donal drive thru tau..
Mesti la ada delivery sekali.
Pasni tengahari makan Mc D jela..hahaha ape peghak beno ko ni?
Punya la berkurun wujudnya Putrajaya ni baru la ni nak ada Mc D drive thru n delivery.
Lokasi dia dekat dengan tepi tasik jambatan famous presint 2 tu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang aku ada bisnes baru.

PERKHIDMATAN DELIVERY PUTRAJAYA

Khas untuk orang-orang Putrajaya yang sibuk takde masa takde kenderaan nak beli barang keperluan rumah banyak-banyak.
Kami akan pergi shoppingkan barang-barang anda dan hantarkan depan muka pinu rumah anda.
Caj yang sangat murah dan berbaloi.

Pembelian RM1-RM100  - Caj RM10
Pembelian RM100-RM200 - Caj RM15
Pembelian RM200-RM300 - Caj RM20
Pembelian RM300 KE ATAS - Caj RM30

Radius sehingga 13km dari Bazaar 8.
Lebih dari tu kena tambahan RM5 setiap 10KM.

CONTACT 0187746645

Cara-cara:
HANTAR list barangan ke no 0187746645
Saya akan pergi shoppingkan barang anda dan hantar terus ke rumah anda.

Waktu operasi:
SABTU DAN AHAD
11PAGI - 1.00 TENGAHARI (WAKTU PENGHANTARAN)
Order sebelum waktu penghantaran.